Thursday, July 2, 2009

ORIENTALISME

  • Berasal daripada perkataan “orient” beerti timur. golongan orientalis adalah golongan cendikiawan Barat yang mengkaji tentang dunia timur, tamadun dan agama anutannya. kebiasaannya istilah ini turut digunakan kepada penulis penulis barat yang mengkaji dan menulis tentang Islam samada aspek aqidahnya, sejarah mahupun tamadunnya.

Sejarah kelahiran dan perkembangan Orientalisme

Gerakan Orientalis lahir di bawah naungan gereja dan berkembang dengan sokongan dan bantuan pihak Yahudi & Nasrani. Ia satu gerakan yang memperlihatkan pada zahir sebagai gerakan ilmu dan penyelidikan sedangkan pada hakikatnya adalah tipudaya dan kejahatan. Antara tujuan utamanya adalah untuk meragukan dan mengelirukan umat Islam terutama generasi muda yang terpelajar.

Terdapat dua factor utama yang mendorong kepada kelahiran dan kemunculan gerakan Orientalisme iaitu

  • Kelahirannya dipercayai pada abad ke 10M ekoran kebimbangan pihak gereja kristian tentang kemajuan dan perkembangan Islam di Andalus yang terletak di bahagian barat Daya Eropah. Mereka bimbang bangsa Eropah akan mengalihkan perhatian dan mengkagumi Islam. Oleh yang demikian mereka mengkaji Islam bertujuan untuk menentang dan mencemarkan kesuciannya.
  • Orientalisme turut berkembang ekoran kesan peperangan salib (1096-1247M). kekalahan pihak kristian dalam perang salib telah menyebabkan kristian dendam. pihak kristian faham bahawa Islam tidak dapat dikalahkan dengan perang .

Ciri dan Sifat Orientalis

Dr Mustafa Sibai menyimpulkan sifat-sifat Orientalis seperti berikut:-

1. Berburuk sangka dan sengaja tidak mahu memahami kehendak sebenar Islam.

2. Berburuk sangka terhadap tokoh-tokoh islam, ulama,pemimpin dan seluruh masyarakat Islam.

3. Menggambarkan masyarakat Islam sebagai masyarakat yang suka menimbulkan huru hara dan mementingkan diri sendiri sejak zaman berzaman.

4. Menggambarkan tamadun Islam sebagai suatu tamadun yang tidak berpijak di bumi nyata.

5. Jahil dengan tabiat Islam sebenar dan mengeluarkan hukum mengikut tafsiran mereka yang tidak menepati kehendak syarak.

6. Menyamakan nas-nas syarak dengan fahaman Materialisme dan Sekularisme.

7. Semua fakta tentang ilmu Islam diubah bagi mengelirukan umat Islam.

8. Menyalahtafsirkan nas dengan niat untuk memburukkan keadaan.

9. Membohongi fakta sejarah Islam.

Cara orientalis mencapai matlamatnya.

  1. Menulis dan menerbitkan buku dan majalah, menyampaikan ceramah atau kuliah tentang Islam ,al-Qur’an, hadis nabi sejarah dan warisan Islam di universiti dan persatuan-persatuan.
  2. Membina dan menubuhkan universiti serta pusat-pusat kajian. semenjak tahun 1787 M, beberapa buah universiti untuk mengkaji dunia timur telah ditubuhkan di Perancis, Britain dan Amerika.
  3. Pihak orientalis turut membeli majalah tempatan di negara-negara Islam disamping majalah-majalah negara mereka. antara majalah yang paling bahaya ialah majalah dunia Islam yang diterbitkan oleh Zwemmer pada tahun 1911m.
  4. Menganjurkan muktamar-muktamar ilmiah.
  5. Menulis ensiklopaedia Islam yang sebahagian besar kandungannya adalah salah dan bertentangan dengan kebenaran Islam.
  6. Menghantar duta-duta atas nama ilmu dan kebajikan sejagat di samping menubuhkan pusat-pusat pengajian untuk mengajar anak-anak kaum muslimin di Barat.

Antara tokoh orientalisme yang terkenal dalam sejarah.

1. A.J. Arberry berbangsa inggeris. salah seorang penulis ensiklopaedia islam. professor bagi kebanyakan orang Mesir yang ambil pengajian Islam dan Bahasa di England. Antara bukunya yang masyhur ialah Islam hari ini ialah al-Qur’an.

2. A.J. Wensick . sangat memusuhi Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. salah seorang penulis ensiklopaedia Islam. Anggota dewan bahasa Mesir. bukunya “Aqidah al-Islam”

3. Carl Henrich Becker (m. pada tahun 1933M) ,pengasas kepada “majallah Islam” di Jerman. Beliau telah melakukan kajian tentang masyarakat Timur untuk kepentingan penjajah di Benua Afrika.

4. Snouck Hourgronje(1857M-1936M), bangsa Belanda yang pernah dating ke mekah dengan memakai nama Abdul Ghaffar. Beliau tinggal di Mekah lebih kurang setahun setengah. Kemudian beliau kembali ke Negara asalnya dengan membawa laporan berkenaan dengan Negara islam untuk kepentingan penjajah. Sebelum itu, beliau telah menetap di Indonesia selama tujuh belas tahun.

5. Philip K. Hitti, Aziz Surial, Jurji Zaidan ,Taha Husain dll.

6. Charles Isawi

7. Mustafa Kamal Atarturk

8. George Nuqqas

Contoh pendapat Orientalis terhadap ajaran Islam

Al-Qur’an

Al Qur’an merupakan sumber utama perundangan dan ajaran Islam. Semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi pelbagai tuduhan daripada kaum kafir musyrikin. Mereka mendakwa bahawa al-Quran adalah tulisan dongeng dahulu kala. Firman Allah :-

Dan mereka berkata: "Dongengan-dongengan orang-orang dahulu, dimintanya supaya dituliskan, Maka dibacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang."

(Surah al Furqaan : ayat 5)

Golongan Orientalisme menggunakan teknik yang sama dalam menyerang keaslian dan kesucian al Quran.

Misalnya G. Sale dalam pendahuluan terjemahan al Quran berbahasa Inggeris mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.aw adalah pengarang al Qur ‘an. Baginda juga dikatakan telah mempelajari tentang agama Islam daripada seorang hamba berbangsa Rom yang bekerja membuat pedang di Makkah.

Ernest Renan berpendapat bahawa Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis dalam bahasa Arab.

Rody Burt berpendapat bahawa “Muhammad dipengaruhi oleh agama Nasrani dan mendakwa bahawa Muhammad telah berguru dengan rahib bernama Buhaira”.

Richard bell beranggapan bahawa Muhammad,dalam penyusunan Al-quran telah mencedok sumber Yahudi (perjanjian lama)dan sumber Nasrani(perjanjian baru).

Reinhart Dozy(meninggal dunia pada 1833 M)menyatakan “bahawa Al-Quran itu mengandungi perkara-perkara yang dongeng dan tidak menepati kehendak zaman kecuali sedikit sahaja. Beliau juga menyatakan bahawa Al-Quran tidak mengandungi bahasa yang menarik bahkan mengandungi kalimat yang panjang-panjang dan membosankan”.

Agnatius Kratsykoysky,orentalis Russia menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab bahawa “al-Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui pendengaran”.

Kesan dan Pengaruh Orientalisme terhadap Umat Islam.

a) Natijah daripada perkembangan gerakan Orientalis telah melahirkan sebahagian cendikiawan Islam yang sangat mengagungkan para pengkaji barat serta menceduk hasil-hasil kajian orientalis tanpa rujukan kepada sumber-sumber asli Islam. Malahan mereka sendiri yang mengajak manusia agar meniru Barat.Sebahagian mereka pula mengajak dengan samar-samar agar mengenepikan Islam dan membuang nilai-nilai, budaya dan syariat Islam.

b) Sir Ahmad Khan di India, pengasas Universiti Aligarh misalnya dengan tegas mengajak umat Islam agar meniru peradaban Barat. Kata beliau : “Sesungguhnya adalah satu keharusan bagi kaum muslimin untuk menerima peradaban Barat seluruhnya sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang beradab dan berbudaya”.

C)Dr. Taha Husein seorang muslim Arab. Dalam bukunya “Mustaqbal al-Thaqafah fi Mishra” (Masa Depan Kebudayaan Mesir) beliau berpendapat bahawa Mesir hanya akan bangkit daripada kelemahan dan kemunduran sekiranya mengikuti seluruhnya peradaban Barat.

Ancaman lain ialah kelahiran golongan yang terpengaruh dengan penipuan golongan orientalis di kalangan umat Islam seperti Salman Rushdie, Dr. Kassim Ahmad dan sebagainya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..nk tnya adakah kesan orintalisme nie just for tamadun Islam shaja or tamadun lain jgak trut ada?..