Thursday, July 2, 2009

BUKTI KEHABATAN AL QURAN SEBAGAI PENAWAR

Dan Kami turunkan bersama al-Quran itu penawar bagi penyakit dan al-Quran itu merupakan rahmat untuk orang-orang beriman dan tidaklah Allah menambah kepada orang-orang yang zalim melaikan kerugian. (al-Israk: ayat 82)
Sesungguhnya pada yang mulia ini menambahkan keyakinan bahawa al-Quran adalah merupakan ubat dan rahmat tanpa ada pembohongan dari awal dan akhirnya dunia (Qiamat) begitu juga tiada siapa yang dapat menghalang kehendak Allah apabila Ia ingin jadikan sesuatu maka Ia mengatakan KUN maka jadi jadilah ia.

Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa al-Quran diturunkan untuk dijadikan ubat dan rahmat bagi orang beriman. Oleh itu kalau dibacakan ke atas orang sakit dengan penuh keyakinan sudah tentu ia akan sembuh dengan keberkatan Allah swt.

Berilah khabar gembira (kepada kaum). Maka sesungguhnya al-Quran itu sebahagiannya di tangan Allah dan sebahagiannya di tangan kamu. Maka berpeganglah dengannya nescaya kamu tidak binasa dan tidak sesat selamanya.

Hadith yang dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan selain darinya hadith Ibnu Mas`ud bersabda Rasulullah s.a.w :

Bersabda Rasulullah saw. Hendaklah kamu berubat dengan madu dan al-Quran.

Kita semua telah maklum bahawa Allah swt telah menjadikan madu sebagai ubat yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Oleh itu Allah swt telah memerintahkan kepada lebah supaya mengambil jalannya yang mulia dengan cara menghisap manisan setiap bunga dan buah untuk menghasilkan madu.

Natijah dari itu madu boleh dijadikan manisan untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh manusia. Semua ini telah terbukti sejak dahulu lagi dan madu berupaya untuk mengubati penyakit serta member kekuatan, kecergasan dan kesihatan kepada manusia. Jadi jelaslah kepada kita sesungguhnya kalau Allah itu mempunyai kesan ke atas roh dan jiwa serta tubuh badan kita. Secara kesimpulannya semua ini adalah rahmat dengan perubatan Allah swt.

Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya Perubatan Nabawi (Tib Nabawi) dalam ulasannya mengenai hadith ini.

Kita mesti melakukan satu inisiatif bagi mengumpulkan ilmu kedoktoran dan perubatan manusia dan Allah. Justeru itu sekaligus menyatukan rohani dan jasmani serta ubatan dari bumi dan langit. Dari sini secara automatic kita ketahui bahawa apa yang dipraktikkan oleh manusia melalui perubatan dengan al-Quran dan madu juga menyatukan dua kekuatan iaitu kekuatan langit dan bumi, kesemuanya adalah daripada Allah swt.

Barangsiapa yang tidak berubat dengan al-Quran sesungguhnya penyakit yang dihidapi olehnya itu tidak akan sembuh melainkan dengan izin Allah swt. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu pada perubatan al-Quran dan keberkesanannya dia diibaratkan berubat dengan suruhan dan fitnah syaitan.

Perkara ini akan menimbulkan kesamaran di antara tuntutan agama dan bisikan syaitan, disamping itu akan mewujudkan rasa sangsi pada al-Quran dalam diri individu berkenaan.

Memandangkan kesembuhan itu tidak sentiasa menyebelahinya kerana ia tidak dirahmati oleh Allah swt. Kesan ini adalah ekoran dari sikap prejudis individu tersebut terhadap perubatan al-Quran. Malahan kita tidak berdosa sekiranya mencampur perubatan al-Quran dengan yang lain kerana di sana sudah pasti ada keberkatan dari Allah swt. Sesungguhnya Nabi Muhammad saw sentiasa menghiasi diri Baginda dengan al-Quran dan Allah swt menjaga Baginda daripada setiap penyakit dan bala.

Saidatina Aisyah r.`anha memberitakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad saw apabila beliau berada di hamparan tidurnya pada setiap malam, beliau mencantumkan kedua telapak tangannya (menadah), kemudian beliau menghembuskan kepada keduanya, di mana beliau membacakan : “Qulhuwallahu ahad”, “Qul a`uudzu birabbil-falaq” dan “Qul a`uudzu birabbin-naas”.

Kemudian beliau menyapukan dengan keduanya akan bahagian-bahagian tubuh beliau yang dapat dicapainya, dimulai dari atas kepalanya dan mukanya dan bahagian-bahagian hadapan badannya; di mana beliau lakukan demikian sebanyak 3 kali.”

Abu Ubaidah meriwayatkan bahawa “Apabila dibacakan al-Quran di sisi pesakit, didapati penyakitnya bertambah ringan.”

Abu Hurairah r.a menyebutkan Junjungan Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

Tiadalah Allah menurunkan (menjadikan) sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan ubatnya.”

Jelaslah kini sesungguhnya al-Quran itu terbukti sebagai penawar. Seandainya al-Quran itu diturunkan ke atas bukit sudah pasti bukit akan hancur kerana tunduk kepada Allah swt penciptanya yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Apabila diturunkan kepada orang sakit nescaya dengan izin Allah dan takdirnya akan sembuh penyakit seseorang itu.

Dengan rahmat Allah swt dan Kalamnya yang mulia kita tidak perlu meragui sesungguhnya setiap penyakit dapat disembuhkan.

Sebagaimana kita maklum apabila Allah swt hendak menjadikan sesuatu cukup sekadar menyebut kalimah “KUN” dan akan terjadilah apa yang Allah swt maksudkan dengan sekelip mata sahaja. Adakah kalimah “KUN” itu kalimah daripada al-Quran yang mana kita beribadat kepadanya dan ianya diturunkan kepada kekasinnya iaitu Nabi Muhammad saw dan makhlukNya.

Sebagaimana firman Allah swt :

Kalau kami turunkan al-Quran ke atas bukit sudah tentu engkau akan melihat bukit itu tunduk dan terbelah kerana takutnya kepada Allah swt.

(al-Hasyar: ayat 21)
Dan Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mana Nabi ada bersabda mengatakan : Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan juga bersamanya penawar.

Sebagaimana yang diketahui bahawa setiap penyakit itu akan terjadi kepada manusia kecuali telah ditetapkan oleh Allah swt ke atasnya. Penyakit yang Allah swt timpakan ke atas manusia itu merupakan satu bala.

Ia juga sebagai satu pembersihan dan penghapusan kepada dosa ataupun sebagai balasan ke atas apa yang telah diperlakukan oleh manusia. Semua ini adalah Qadha` dan Qadar yang telah Allah swt tentukan sejak azali lagi. Penyakit yang dihidapinya itu tidak akan sembuh melainkan dengan izin Allah swt kerana Dialah yang menurunkan penyakit dari langit beserta penawarnya sekali.

Allah swt menjadikan al-Quran rahsia segala penawar dan al-Quran itu sendiri adalah rahmat daripada Allah swt untuk sekalian umat manusia sebagaimana firman Allah swt :

Dan Kami turunkan bersama al-Quran itu penawar bagi penyakit dan al-Quran itu merupakan rahmat.

(al-Isyrak : ayat 82)
Justeru itu apakah wujud satu kuasa yang lebih besar dan lebih agong dari Allah swt ? Al-Quran yang Allah swt turunkan itu adalah kalamnya yang mulia dan meliputi perancanganNya. Sepertimana Allah swt kehendaki. Sementara penyakit itu termasuk dalam perancangan dan al-Quran itu berkatNya dapat menyembuhkan sebarang penyakit. Firman Allah swt :

Tiadalah malapetaka di bumi dan dirimu melainkan telah termaktub dalam kitab (Loh mahfuz) sebelum Kami mengadakannya. Sesungguhnya demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.

(al-Hadid : ayat 22-23)

Firman Allah swt:

Ingatlah akan Ayub ketika dia menyeru Tuhannya, sesungguhnya aku telah ditimpa kemudaratan sedang Engkau lebih Pengasih dari segala pengasih.

(al-Anbiyak: ayat 83)
Sesungguhnya Allah menyuruh kita berdoa nescaya Ia akan menerimanya. Firman Allah swt:

Lalu Kami perkenankan permintaannya dan Kami hilangkan kenudaratan yang ada pada dirinya dan Kami datangkan kepadanya kekurangannya berlipat ganda sebagai rahmat dari sisi Kami dan jadi peringatan bagi orang-orang yang beribadat (menyembah Allah).

(al-Anbiyak : ayat 84)
Firman Allah swt:

Dan ingatlah hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya sesungguhnya aku ditimpa kesusahan dan seksa kerana syaitan.

(Shad : ayat 41)
Tidaklah al-quran itu lebih besar dari pakaian Yusuf a.s. itulah kalam Allah. Firman Allah swt:

No comments: