Thursday, July 2, 2009

IDEOLOGI DAN GERAKAN KRISTIANISASI

Pengenalan

Perkataan Kristianisasi diambil daripada istilah bahasa Melayu yang merujuk kepada makna “ proses mengajak orang lain kepada agama Kristian”.Istilah kristianisasi dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Christian Missionary”. Manakala dalam bahasa Arab pula dikenali dengan kalimah “ al Tabsyir” dan “al-Tansir”.

Tujuan seruan dakwah Isa al Masih adalah untuk membasmi dua perkara yang mencengkam bani Israil iaitu :-

a) Kegilaan terhadap harta dunia dan kecuaian mereka terhadap aspek kerohaniaan.

b) Dakwaan para pendeta bahawa hanya merekalah menjadi penghubung antara Allah dan manusia.

Matlamat Gerakan Kristianisasi

1) Mengkristiankan Umat Islam.

Permusuhan dan perancangan kristian untuk menukar agama umat Islam agar menganut agama Kristian

2) Mengeluarkan orang Islam daripada agamanya.

Zweimer, pengasas pertubuhan Kristian Amerika di Jazirah Arab telah berkata :

Sejarah membuktikan bahawa orang Islam tidak mungkin menjadi Kristian hakiki, akan tetapi matlamat kita ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam agar mereka jadi mulhid dan menentang agama mereka sendiri”.

3. Membantu Penjajahan barat dan Menjadi Perisik di Negara Islam.

Balfour, Menteri Luar Britain telah mengistiharkan sokongannya kepada gerakan Kristianisasi dengan katanya:-

“ Sesungguhnya para Misionary ibarat tangan-tangan bagi seluruh kerajaan yang menjajah dan tangan-tangan itu telah Berjaya menyelesaikan banyak masalah penting”.

Cara Pergerakan Kristianisasi

a) Pendidikan

Mereka menggalakkan sesebuah Negara terutamanya Negara Islam untuk membuka tadika, sekolah, kolej, universiti yang dikelolakan oleh Misionary samada secara langsung atau tidak langsung.

b) Perkhidmatan Perubatan.

Apabila berlaku kejadian kecemasan di mana-mana Negara di dunia,mereka akan menghantar pasukan bantuan kecemasan mereka seperti Red Cross, World Vision,Salvation Army dan Christian Aid.Matlamat mereka agar dunia mengenali kebaikan mereka dan memudahkan mereka

c) Amal Kebajikan

Misalnya menubuhkan rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua, pusat pemulihan dadah, pusat perlindungan wanita hamil tanpa nikah, mengadakan khidmat kaunseling. Di banyak tempat, para paderi selalu melawat penduduk kampong dalam usaha untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

d) Pertubuhan Kristian

Mereka telah menubuhkan pelbagai jenis pertubuhan di serata dunia terutamanya di Negara-negara Islam dan di Negara miskin.Mengikut kajian tahun 1998M terdapat lebih 111,000 pertubuhan Kristian yang bergiat aktif di 38 buah Negara afrika.

No comments: